Saturday 3 December 2011

JOM MENIMBA ILMU

FAHAMI KATA SERU BERSAMA 
MANI MALATHI

Tatabahasa( Kata Seru)

Kata Seru ialah perkataan yang digunakan bagi manyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah,terkejut, hairan,sedih, takut dan sebagainya.

KATA SERU
PENGGUNAANNYA
Ah
Menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu
Aduh
Menyatakan perasaan sakit dan kagum
Aduhai
Menyatakan perasaan sedih
Amboi/wah
Menyatakan perasaan hairan atau kagum
Cis
Menyatakan perasaan marah,benci atau terkejut
Wahai
Menyatakan perasaan saying atau merayu
Hai
Menegur seseorang atau menarik perhatian
Oh
Menyatakan perasaan terkejut, gembira atau mengharapkan.
Syabas/tahniah
Menyatakan perasaan gembira, puas,memuji atau ucapan tahniah.

Monday 14 November 2011

CUBA LATIHAN INI

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1.____________________,  selamat berkenalan! (Hai,Wah)

2.____________________, hebat juga kamu berbahas tadi! (Aduh,Amboi)

3.____________________, sampai hati awak menolak lamaran saya!(Aduh,Aduhai)

 4.___________________, kakak berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti!(Syabas,Eh)

5. ___________________, rasakan pukulan mautku ini!(Nah,Eh)